Friday, December 12, 2014

Belanja jangan sampai terbabas


Memang best, kan bila gaji/elaun dah masuk? Tapi pernah terfikir tak pengurusan dan perancangan elaun kita? Perancangan kewangan jadi nombor 1 selepas kita dapat elaun. Betul lah, benda yang sama saja setiap bulan. Gaji banyak itu juga, sewa rumah dan kos perjalanan banyak itu juga. 

Perancangan penting untuk urus ke mana wang kita pergi. Untuk dahulukan perkara penting dan yang tak berapa penting, seboleh mungkin, abaikan. Antara senarai semak yang kita ada
a) sewa rumah + bil
b)makan
c) transportation (kereta, petrol, tol, bas...)
d)simpanan
e) pinjaman


Keutamaan dalam lima senarai ini ialah simpanan diikuti yang lain lain. Hiburan, selepas kita tolak semua yang tersenarai.

" Ala tak best la.."

Lagi tak best jika kita tak ada simpanan langsung. Kenapa perlu ada simpanan?  saya ada bincangkan berkenaan rancangan persaraan sebelum ini. Simpanan yang kita buat setiap bulan, bukan untuk orang lain, untuk kita juga.


Wednesday, November 26, 2014

rancang persaraan 2

 Sebelum ni, saya ada bercakap mengenai rancang persaraan ketika usia muda. Kali ni, kita lihat lagi satu kes dalam rancang persaraan: back up kwsp.

Yang bekerja, rata rata ada KWSP/EPF ni. tapi, kita tengok juga, tak semua yang ada simpanan kwsp ni, ada simpanan yang cukup untuk bersara. Sama ada cukup-cukup atau tak cukup.

Eloknya, macam pepatah Inggeris " Don't put all the eggs in a bucket". Jangan letak semua telur sebakul. Berbakul bakul lagi baik.

Simpanan yang kedua ni, saya labelkan saja sebagai simpanan T. Kita tengok dulu kelebihan mempunyai simpanan T.

Simpanan T
Kriteria
KWSP
Dividen/keuntungan antara 3-5% setahun
Simpanan
Dividen/keuntungan minimum 2.5% setahun.
Pembiayaan pendidikan anak mengikut jumlah caruman.

Anugerah keseluruhan ‘A’ dalam peperiksaan UPSR, PT3, SPM, STPM

Pendidikan anak-anak
Pengeluaran dari akaun 2 dibenarkan, mengikut jumlah simpanan/caruman.


Elaun Haji: RM1000
Elaun Umrah: RM1000
(haji dan umrah dalam tahun yang berlainan)
Elaun penjagaan anak: RM1000
Manfaat Ihsar: sehingga RM1000
Manfaat badal haji: RM3000


Haji/umrah
Pengeluaran dari akaun 2 dibenarkan, mengikut jumlah simpanan/caruman
Manfaat hilang upaya kekal atau menyeluruh:  minimum RM10 000 mengikut jumlah simpanan/caruman

Kos perubatan ditanggung seperti yang dicaj oleh hospital, dengan syarat:
·         Diwadkan minimum 6 jam
·         Kelas wad mengikut simpanan/caruman




kesihatan
Bantuan hilang upaya RM5000. Dibayar sekali sahaja dengan syarat:
·         Ahli belum mencapai umur 55 tahun;
·         Memohon Pengeluaran Hilang Upaya dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh tamat perkhidmatan atau hilang pekerjaan;
·          Tempoh perkhidmatan akhir hendaklah sekurang-kurangnya 6 bulan berterusan;
·         Ditamatkan perkhidmatan disebabkan tidak berupaya untuk bekerja dan bukan atas sebab sukarela atau tindakan disiplin.
Minimum RM10 000 mengikut jumlah simpanan/caruman
Manfaat kematian
RM2500.
Pelepasan cukai pendapatan.
Manfaat manfaat lain



Dari sini, simpanan T lebih ada kelebihan. KWSP penting, sebab ia simpanan untuk persaraan kita.

Tapi, fikir balik, Kalau dah kerap keluarkan (akaun 2) sebab anak sambung belajar, nak tambah sikit belanja tunaikan haji, kos jika perlu dapat rawatan, simpanan persaraan akan jadi sikit.

Simpanan T, dah jadi simpanan back up. Kita dah kurang risau sebab untuk perbelanjaan lain, tak perlu usik simpanan persaraan. Tambah lagi, simpanan T pun ada jumlah simpanan yang kita boleh anggap simpanan tambahan.



Mahu saya bantu untuk perancangan kewangan anda?

Hubungi 012 6899281
Lokasi: Kuala Terengganu

Sunday, October 5, 2014

senarai rujukan untuk mulakan simpanan emas

Emas dan perak satu instrumen simpanan, pelaburan dan perniagaan yang baik. Bergantung kepada opsyen dan modal yang kita ada.

Saya bukan pakar untuk ketiga tiga kategori ini. Jadi saya senaraikan saja rujukan yang boleh digunakan.

KESILAPAN DALAM MEMULAKAN SIMPANAN EMAS

KENAPA PERLU SIMPAN EMAS? 

Itu yang bersumberkan internet. Jika buku, antara yang saya galakkan adalah

PELABURAN EMAS - SAAT SUKAMI 

MAGNET EMAS MAGNET KEKAYAAN - IR SOFIAN

GUIDE TO INVESTING - ROBERT T. KIYOSAKI

PELABURAN EMAS, KAYA SELANGIT

Saturday, September 13, 2014

Simpanan untuk umrah/haji

Bercakap mengenai simpanan untuk tunaikan ibadah haji/umrah, selalu simpanan standalone (sendiri) di Tabung Haji atau akaun simpanan biasa. Kali ni saya nak bercakap berkenaan simpanan untuk haji/umrah sekali dengan perlindungan. Iaitu Pelan Takaful Mabrur dari Etiqa Takaful.

Pelan Takaful Mabrur masih bertindak sebagai takaful perlindungan tapi ada tambahan simpanan Tabung Haji. Manfaat perlindungan secara asasnya sama seperti pelan takaful lain seperti manfaat kematian dan hilang upaya. Cuma, Pelan Mabrur mempunyai tambahan seperti berikut:
  1.         Pihak Etiqa akan bantu untuk buka akaun Tabung Haji bagi pihak peserta
  2.       Elaun Haji dan Umrah (RM1000)
  3.      Badal haji (RM3000)
  4.      Ihsar ( sehingga RM1000) -
  5.      Elaun penjagaan anak (RM1000) – untuk menguruskan upah penjagaan anak yang berada di tanah air
  6.        Manfaat tempoh matang – apabila sampai tempoh matang pelan ini, peserta akan menerima jumlah wang terkumpul dari pelan ini.




Mahu saya bantu untuk perancangan kewangan anda?

Hubungi 012 6899281
Lokasi: Kuala Terengganu

Sunday, August 17, 2014

Hutang: Antara nikmat dan bencana

Hutang. Perkara yang sudah sinonim dengan masyarakat sekarang. Paling tidak, kereta motor kita. Belum lagi hutang hutang lain seperti pinjaman pelajaran, pinjaman beri rumah dan sebagainya.
Sebenarnya, hutang sama seperti perangkap samar. Atas kepada kita, mahu redah dan bahayakan diri atau berhati hati dengannya. Bukan semua tempat atau barang kita boleh berhutang. Jerat hutang memang bahaya.

Ya, akan ada yang cakap, “Susah tak ambil loan langsung sekarang. ” atau “Macam mana nak senang kalau tak ada loan”. 2 jawapan ni sebenarnya bagi 2 situasi. Situasi pertama, memang ada tempat kita terpaksa ambil loan. Tapi syaratnya memang kita tak ada pilihan atau pilihan terhad. Situasi kedua, saya tak terima terus alasan tak senang kalau tak ada loan. Sebabnya saya senaraikan di bawah

  •       Ada loan sebenarnya tak senang. Kalau beli tunai, kita jimat wang faedah/interest.
  •          Tiap tiap hujung bulan akan sakit kepala untuk bayar benda yang tak perlu. Kalau simpan, boleh buat beli benda lain
  •          Akan sakit hati bila musim/trend berubah. Kalau tak refinance atau tambah loan, tak dapat model baru.
  •          Boleh hilang kawan/saudara dek hutang yang tak perlu.



Pendapat peribadi saya, kalau ada pilihan beli tunai, itu lebih baik. Sekali bayar, bulan depan tak pening dah. Duit lebih boleh simpan untuk kegunaan lain. Yang tak senang bila tak ada loan ni, banyaknya sebab ikut trend. Tak perlu pun tak apa, melainkan kita memang mampu.

Friday, August 1, 2014

Rancang persaraan - kenapa perlu ada?

Bila bercakap rancangan kewangan untuk bersara, rata rata ada dua jawapan kita terima

a) Saya muda lagi, baru saja bekerja. Takkan nak fikir bersara dah?
b) Alah, KWSP kan ada?

Untuk entri kali ni, saya fokus kepada jawapan (a) dulu.
Ya, kita muda lagi. Tapi untuk hari ini, tahun ini. Lagi 30 tahun, adakah kita masih muda? Masa tu, mungkin umur kita 55 - 60 tahun. Masihkah mahu bekerja sepenuh hati macam sekarang? OK, kalau masih bekerja pun, kesihatan kita masih macam sekarang ke untuk terus bekerja?

Saya yakin, tak semua mahu selamanya bekerja. Sampai satu tahap, kita mahu kurangkan kerja yang kita buat sekarang. Faktor yang biasa, dah berumur, tenaga tak macam masa muda. Kalau dah kurang bekerja, income pun akan kurang untuk tampung hidup. Betul tidak?

Jadi, rancang persaraan sekarang. Lagi awal kita bersedia, lagi terjamin keadaan kita ketika bersara nanti.




Mahu saya bantu untuk perancangan kewangan anda?
Hubungi 012 6899281 (Nazihah)
Lokasi: Kuala Terengganu

Sunday, July 13, 2014

Dana untuk anak, di mana kita sepuluh tahun lagi?

 Bagi ibubapa, pasti kita mahu yang terbaik untuk anak kita. Sudah dihantar ke sekolah, kita hantar juga ke kelas tuisyen/kelas agama. Jika ditanya kenapa, ya pasti kerana mahu mereka belajar hingga ke peringkat tertinggi, jika boleh.

Tapi terfikir tak, sementara untuk mereka berdikari, apa yang akan terjadi 10-20 tahun lagi. Buat masa sekarang, ya kita masih mampu untuk tanggung anak anak kita. Tapi, untuk jangka masa panjang, kita sendiri tidak tahu apa akan terjadi pada kita.

Contohnya, 10 tahun lagi, bila anak kita dapat tawaran sambung belajar, adakah kita mempunyai dana khas yang cukup untuknya? Sayang, jika anak anak mendapat tempat tetapi tersekat dek kekangan kewangan.  

Itu biasa yang akan terjadi. Kadang kadang terjadi juga di luar jangkaan, kita alami masalah seperti kemalangan atau sakit teruk. Ya, keadaan ini memberi kesan kepada anak. 

ok, tak salah simpan dalam tabungan biasa. Tapi, ada beza antara tabungan biasa dengan tabungan khas di Takaful. Untuk senang difahami, rujuk sahaja lakaran di bawah

(sumber: takaful awareness through cartoon)

Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut, amaun perlindungan, pampasan dan simpanan yang anda terima berdasarkan komitmen bulanan anda ke takaful, anda boleh mohon quotation percuma dari saya

Nama ejen: Wan Nazihah
Contact: 012 6899281

Monday, July 7, 2014

Kalau tak nak ada insurans/takaful tak boleh ke?

Kalau tak nak ada insurans/takaful tak boleh ke?

Soalan ini kadang kadang bermain dalam kepala bila diajak berkongsi tentang insurans dan takaful. Boleh, jika tidak mengambil mana-mana polisi insurans/takaful tetapi ada perkara kita perlu tahu.

Jika kita tidak ada polisi takaful, kita sebenarnya menanggung kesemua risiko bersendirian. Apabila sesuatu di luar jangkaan berlaku, kita terpaksa bergantung 100% kepada wang simpanan yang kita ada.
Berbanding dengan mengambil insurans/takaful, kita memindahkan sebahagian daripada risiko untuk diuruskan oleh pihak syarikat insurns/takaful. Lagipun, dalam keadaan sebenar, kita tidak mampu menangani semua risiko bersendirian.

Bayangkan jika kita jatuh sakit atau kemalangan. Tanpa sebarang back up kewangan, bagaimana kita mahu bayar kos hospital dan mungkin, kos sara hidup sementara mahu sihat kembali. Walaupun kita cakap gaji RM3000, itu cuma di atas slip gaji, nampak selesa. Tapi, itu ketika musibah belum datang.

Dari satu sisi, kita sebenarnya tak ada jaminan untuk terus menabung tanpa usik wang tabungan tersebut. Tak percaya? cuba kita check diri, bila ada simpanan dalam atm, tiba tiba ada benda kita teringin nak beli. Senang saja nak ambil, sebab kad atm ada pada kita. Tapi, keadaan berbeza bila kita carum di takaful. Tak sesenang itu untuk ambil. Kalau teringin pun, kita sabarkan diri, tunggu dulu.

Manfaat pelindungan dan kematian

Selain  manfaat kematian, Etiqa Takaful memberi pelindungan untuk hilang upaya kekal seperti lumpuh.  Jumlah manfaat yang diterima bergantung kepada jumlah sumbangan yang kita beri.
Bagi yang mengambil rider (tambah nilai pelan) medical, kita mendapat manfaat perlindungan kesihatan jika dimasukkan ke hospital.

Mahu saya bantu untuk perancangan kewangan anda?
Hubungi 012 6899281
Lokasi Kuala Terengganu

Monday, June 30, 2014

siapa yang perlu ada takaful

Sebenarnya, semua orang perlu ada takaful. Tetapi, kita ikut keutamaan dan keadaan kewangan kita. Yang paling penting untuk ada pelan takaful adalah ketua keluarga. Alasan di sini kerana ketua keluarga yang bertanggungjawab menyara keluarga. Jika ada musibah yang menimpa dirinya, bukan setakat dirinya yang terganggu tetapi satu keluarga.
Namun, jika tanggungan kita pun kita sediakan polisi takaful, ia lebih baik. Di sini, sekurang kurangnya kita sudah sediakan satu pelindingan dan simpanan untuknya. Contohnya anak kita, bila ada polisi takaful sekurang kurangnya ada satu simpanan khusus jika dia ingin menyambung pelajaran nanti.

Bagi wanita pula, tidak bermakna jika suami sudah ada pelan takaful maka kita tak perlu ada. Kalau boleh, sediakan juga satu akaun takaful untuk diri sendiri. Sekurang kurangnya, takaful atas nama sendiri dapat menjadi back up atau menampung keperluan lain dan untuk musibah atas diri kita jika terjadi.
Untuk anak-anak, jika mampu, biarlah ada seorang satu pelan, Ini sebagai satu simpanan jika satu hari nanti mereka dapat menyambung pelajaran, kita sudah ada persediaan untuknya.

Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut, amaun perlindungan, pampasan dan simpanan yang anda terima berdasarkan komitmen bulanan anda ke takaful, anda boleh mohon quotation percuma dari saya

Nama ejen: Wan Nazihah
Contact: 012 6899281

Sunday, June 22, 2014

Perlu ke mempunyai pelan takaful?


Perlu ke mempunyai pelan takaful?
Ya, kita perlu ada pelan takaful.

Tapi, kenapa?
Takaful membantu kita mengurus risiko yang ada. Musibah seperti kemalangan atau sakit teruk kita tak dapat jangka bila akan terjadi. Selain mengurus risiko, ada 7 sebab lain yang buatkan kita perlu mempunyai pelan takaful
#1 sentiasa wujud musibah
Dalam kehidupan, kita tidak dapat elak daripada masalah. Jadi, sebelum musibah datang, ambil langkah berjaga jaga untuk menghadapinnya. Takaful membantu kita dalam masalah seperti
·         Kecurian
·         Kebakaran
·         Kemalangan

#2 sistem muamalat yang untung
Ramai yang mengatakan sistem konvensional lebih untunh berbanding takaful. Situasi ini semakin berjaya dicantas, selepas syarikat-syarikat takaful mengumumkan keuntungan drastik.
Ini membuatkan individu bukan Islam turut berminat menyertai takaful
#3 sistem saling membantu
Dengan melabur dalam takaful, kita sebenarnya membantu orang ramai.
#4 memperkasa ekonomi
#5 setiap risiko ada nilainya
Menerusi konsep pelindungan takaful, risiko harian kita berbeza nilainya.
Contohnya risiko kerugian disebabkan kemalangan lebih tinggi berbanding kerugian disebabkan kecurian. Bagi mengurangkan kerugian yang kita bakal tanggung, takaful dapat membantu dari segi kewangan yang kita laburkan sebelum ini.
#6 waspada dengan musibah
Setiapkali kita melakukan pelaburan takaful, hati dan minda kita akan beringat tentang risiko yang bakal kita hadapi.
#7 semakin ramai semakin kukuh
Sistem perlindungan takaful akan lebih indah dan bermakna jika lebih ramai yang menyertai.


Mahu saya bantu untuk perancangan kewangan anda?

Hubungi 012 6899281 (Nazihah)
Lokasi; Kuala Terengganu

Wednesday, June 18, 2014

Beza takaful dan insurans

المُستَÙ‚ِÙŠApa itu Takaful?
Takaful adalah kata terbitan bahasa arab “kafala” yang bermaksud “jamin” dan perkataan Takaful membawa maksud saling menjamin. Istilah Takaful telah digunapakai dalam konteks insurans secara Islam. Ia merupakan satu perjanjian antara sekumpulan peserta untuk saling menjamin antara satu sama lain apabila berlakunya musibah atau kerugian tertentu.

Konsep saling menjamin atau insurans ini telah wujud sekian lama. Salah satu daripadanya ialah penggunaan konsep “Aqilah” yang digunapakai oleh masyarakat Arab jahiliyah. Keadaan bangsa Arab yang tinggal dalam bentuk kesukuan atau kabilah membolehkan amalan ini dilakukan. Sekiranya berlaku pergaduhan dan menyebabkan kematian satu pihak maka pihak yang membunuh akan dikehendaki membayar ganti rugi kepada keluarga orang yang terbunuh. Bayaran ganti rugi itu akan dikutip di kalangan ahli suku atau Kabilah si pembunuh. Ia merupakan satu bentuk jaminan yang wujud pada ketika itu.

Takaful yang wujud pada hari ini pula adalah Takaful berbentuk perniagaan (Tijari) di mana sebuah syarikat menjalankan satu bentuk perniagaan yang bertujuan untuk memberikan jaminan yang berlandaskan Syara’ iaitu terhindar daripada unsur Riba (bunga), Maisir (perjudian) dan Gharar(ketidakpastian). Untuk tidak terlibat dengan unsur-unsur tersebut, perniagaan Takaful menggantikannya dengan konsep Tabarru’ (derma) dan perjalanan operasinya menggunakan dua konsep muamalah Islam iaitu konsep “Mudharabah” dan “Wakalah”.

Dalam kontrak Takaful ini, peserta bersetuju untuk saling menjamin antara mereka. Ia berasaskan kepada sifat persaudaraan, kasih sayang dan saling bantu membantu. Dikatakan demikian kerana sumbangan wang yang diberikan oleh peserta akan dikumpulkan dan wang tersebut digunakan untuk membayar pampasan kepada peserta yang mengalami musibah atau kerugian.


Perbezaan antara Takaful dan Insurans

Takaful dan Insurans mempunyai tujuan yang sama iaitu memberikan jaminan dan bantuan kepada peserta dalam bentuk kewangan. Namun di antara keduanya terdapat perbezaan yang besar. Perbezaan yang wujud dapat dilihat daripada beberapa sudut berikut:

1.    Hukum
Perniagaan Takaful adalah halal dan umat Islam harus menyertainya sementara perniagaan insurans telah diputuskan haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan juga majlis-majlis fatwa lain. Perniagaan insurans mengandungi unsur Riba, Maisir dan Gharar. Maka membeli polisi insurans dan segala hasil pendapatan daripada syarikat inurans adalah haram.

1.    Kontrak asas yang digunapakai
Dalam Insurans konvensional kontrak yang digunapakai ialah kontrak pertukaran (Mu’awadat) iaitu dalam bentuk jual beli. Sementara Takaful menggunakan kontrak derma (Tabarru’)

1.    Kontrak-kontrak lain
Dalam Insurans konvensional tidak terdapat kontrak-kontrak lain selain kontrak jual beli. Tetapi dalam Takaful, digunakan kontrak wakalah (agensi) dan kontrak Mudharabah (perkongsian untung rugi)

1.    Tanggung jawab pemegang polisi
Peserta Takaful akan menyumbang caruman untuk saling menjamin di antara semua peserta sementara pembeli insurans akan membayar premium kepada penanggung insurans. Penyertaan Takaful merupakan satu akad di kalangan peserta tetapi pembelian insurans adalah satu kontrak di antara penginsurans dan pemegang polisi.

1.    Saluran pelaburan
Pelaburan kumpulan wang Takaful akan dilaburkan melalui instrumen pelaburan yang diharuskan dan pelaburan ini hanya akan dilakukan ke atas syarikat-syarikat yang telah dikelaskan sebagai patuh Syariah. Penentuan ini adalah berdasarkan senarai patuh Syariah yang dikeluarkan oleh Suruhan Jaya Sekuriti (SC).
Pelaburan syarikat insurans pula adalah bebas kepada semua jenis instrumen tidak mengira sama ada halal atau tidak. Ini termasuklah pelaburan ke atas syarikat perjudian dan arak.

1.    Perjalanan operasi

1.       Syarikat Takaful mempunyai Majlis Penasihat Syariah yang bertanggung jawab memberikan nasihat terhadap segala aktiviti termasuk pelaburan. Selain itu syarikat Takaful juga mempunyai unit Syariah yang berperanan sebagai sekretariat kepada Majlis Penasihat Syariah.  Syarikat insurans tidak mempunyai bahagian penasihat Syariah kecuali Syarikat MCIS Zurich Insurance. Walaupun begitu, penasihat Syariah ini hanya memberi nasihat dalam bebarapa perkara tertentu sahaja. Namun perjalanan operasinya masih lagi peniagaan insurans konvensional.
2.       Pengendali-pengendali Takaful di Malaysia menggunakan dua model perniagaan Takaful iaitu model Mudharabah (perkongsian untung rugi) dan model Wakalah (agensi). Kebanyakan pengendali Takaful menggunakan model Wakalah dan model Mudharabah digunakan oleh Syarikat Takaful Malaysia Berhad.
3.       Segala hasil tidak halal yang diperolehi oleh pengendali Takaful tidak akan dikira sebagai pendapatan syarikat sebaliknya akan dimasukkan ke dalam tabung kebajikan. Syarikat insurans tidak mempunyai unsur ini.
4.       Pengendali Takaful wajib membayar zakat perniagaan dan cukai tetapi syarikat insurans hanya membayar cukai.

1.    Aspek perundangan
Pengendali Takaful tertakluk kepada Akta Takaful 1984 sementara syarikat insurans tertakluk kepada Akta Insurans 1963 (pindaan 1996).

Sebelum kewujudan Takaful, umat Islam terpaksa membeli polisi insurans. Tetapi kini dengan wujudnya banyak syarikat pengendali Takaful, maka ia bukan lagi menjad arternatif atau pilihan kepada umat Islam tetapi seharusnya umat Islam menolak insurans konvensional dan menyertai Takaful. Mudah-mudahan industri Takaful dan sistem kewangan Islam di Malaysia akan terus perkembang dengan subur agar dapat memartbatkan Syariat Islam yang syumul.


Sunday, June 15, 2014

Menyimpan sebahagian pendapatan

Menyimpan sebahagian daripada pendapatan termasuk dalam mengurus kewangan. Tujuan menyimpan seharusnya seperti berikut:
a)      Sebagai dana kecemasan
b)      Sebagai simpanan hari tua/ bersara
c)       Untuk mencapai sasaran (mempunyai hartanah, kereta idaman dan sebagainya)
d)      Untuk simpanan pendidikan (sendiri atau anak anak)
e)      Untuk menunaikan haji dan umrah

Dalam urusan menyimpan, kebanyakan kita cuma simpan dalam akaun bank. Tapi jika ada hanya satu akaun, anda akan hadapi masalah dalam mengurus simpanan. Jalan yang terbaik sebenarnya jangan longgok semua tunai yang ada dalam satu akaun.
Habis tu, nak buat macam mana? Jom lihat apa yang boleh kita buat
a)      Pastikan ada dua akaun bank; satu untuk simpanan  dan satu lagi untuk digunakan
Akaun untuk simpanan, jangan sekali kali keluarkan duit MELAINKAN kecemasan.
Untuk urusan terima gaji, untuk simpan sekejap sebelum guna, guna akaun lagi satu.

b)      Bagi yang berumur 18 tahun ke atas dan sudah bekerja tetap, carum dalam KWSP. Bagi yang bekerja makan gaji, biasanya majikan yang akan uruskan bagi pihak anda. Jika bekerja sendiri, mencarumlah secara sukarela.
“Eh, kan dah ada satu akaun asing untuk simpan, nak ada KWSP buat apa lagi?
Ini lagi satu kes. Jangan simpan semuanya di satu tempat. Simpan lah sikit di sini. Yang ini, kita sudah tahu, khusus untuk bersara nanti, mungkin 40 tahun lagi. Simpanan dalam akaun biasa itu untuk kecemasan atau jika anda ada sasaran mahu kereta/rumah baru yang lebih selesa.

c)       TAKAFUL/INSURANS. Simpanan dalam takaful dan insurans sebenarnya untuk menguruskan risiko yang ada. Contohnya kemalangan. Ya, kita ada standby akaun simpanan tetapi jika ada takaful/insurans risiko yang ada boleh diurus dengan lebih baik. Pelindungan yang disediakan mencukupkan keperluan jika kita perlukan satu amaun yang banyak dengan segera. Lagipun, simpanan di tangan kita, agak cepat untuk kita ambil walau tidak begitu mendesak. Tapi, wang yang disimpan dalam akaun takaful, tidak semudah itu untuk kita suka suka hati keluarkan.

d)      Pelaburan. Banyak cara untuk melabur. Selain ASB/ASN, pihak bank sendiri ada tawarkan produk akaun pelaburan. Bentuk pelaburan terdapat dalam banyak jenis. Bagi muslim, ada baiknya kita pilih Islamic investment account berbanding konvensional. Ini untuk pastikan sumber keuntungan yang kita dapat terhindari dari unsur syubhah. Sumber keuntungan ini, satu masa kita akan guna, jika syubhah, akan bersangkut paut dengan kehidupan kita. Untuk pelaburan juga, pastikan kita dapat nasihat dan ilmu dari tempat yang betul.


e)      Pelbagaikan bentuk simpanan. Pelbagaikan? Yang senarai di atas tak cukup ke? Cukup, tapi kita juga ada alternatif kepada senarai di atas. Bentuk simpanan lain kali ini dalam bentuk asset. Jenis asset yang boleh dijadikan simpanan adalah hartanah, emas dan perak. Jika ada wang lebihan yang kita tak tahu nak simpan dimana, selain pilihan di atas, kita boleh simpan dalam bentuk ini. Antara hartanah, emas dan perak, bagi pendapat saya hartanah agak tinggi harga nya untuk kita mulakan berbanding emas dan perak. Sekali lagi disini, ia sama seperti ingin melabur, dapatkan maklumat, ilmu dan nasihat dari tempat yang betul. Maklumat yang kita dapat juga perlu cukup.

Mengurus kewangan


Ramai antara kita tahu penting untuk mengurus kewangan tetapi tidak semua yang benar benar mengurus kewangan kita.

Berikut adalah 8 langkah untuk tuan puan yang serius menguruskan wang dengan bijak dan sistematik.

1. Mempunyai Sasaran Kewangan
Kita semua mesti tahu apa yang kita mahu. Apakah yang kita mahukan apabila menjelang usia persaraan yang barangkali lagi 10, 20, 30 tahun akan datang? Pengurusan kewangan yang baik membabitkan sasaran kewangan. Ibaratnya macam kita mahu menanam pokok durian.
Sasaran yang ada, jika boleh biar jelas seperti
Kita nak ada duit berapa banyak?
Untuk apa duit simpanan tersebut?
Bila kita mahu ada duit sebanyak itu?
Berapa lama masa yang tinggal?


2. Mempunyai Sumber Pendapatan yang Mencukupi
Dalam surah Yusuf, ayat 47 menyebut kepentingan menanam selama 7 tahun dengan bersungguh-sungguh.
Ya, dengan bersungguh-sungguh.
Dalam erti kata lain, sama ada kita makan gaji atau bekerja sendiri kita perlu benar-benar berjaya (termasuklah memperoleh gaji tinggi) dalam bidang kita. 7 tahun zaman senang itu tadi adalah untuk menghadapi 7 tahun zaman susah.
Sumber pendapatan yang mencukupi bukan sekadar cukup- cukup. Biar lebih untuk kita simpan sebahagiannya. Kenapa perlu simpan sebahagian, kita lihat point seterusnya.


3. Simpan Sebelum Belanja
Ayat 47, surah Yusuf juga menyebut dengan jelas hasil-hasil tanaman itu tadi disimpan dalam bentuk tangkai, selepas menyimpan barulah selebihnya kita belanjakan untuk hidup. Kita perlu menangguhkan kepuasan terlebih dahulu.
Sekiranya kita membelanjakan semua pendapatan kita terlebih dahulu dan jika ada lebih baru kita mahu simpan, maka itulah langkah paling berkesan untuk mencipta masalah kewangan yang kronik.
Gaji – simpanan = belanja.
Mudah.


4. Berbelanja dengan Bijak
Berbelanja dengan bijak perlukan kita kenalpasti keutamaan sebelum membeli. Sebaiknya senaraikan perbelanjaan sebelum keluar membeli. Dari senarai itu juga kita boleh kenal pasti apa yang perlu segera dan apa yang perlu diabaikan.

Jika barang itu

Perlu guna segera + penting =beli
Perlu guna + banyak lagi stok di rumah = tunggu dulu
Perlu guna nanti + lambat lagi nak guna = tunggu dulu
Tak penting + kalau ada lagi bagus = tengok budget anda
Tak penting + tak perlu = jangan beli
Selepas senarai, perkara penting lain ialah penyata perbelanjaan. Dari penyatan perbelanjaan kita akan dapat kenalpasti bentuk perbelanjaan kita. Dari penyata perbelanjaan tiap tiap bulan juga boleh mengesan jika kita terlebih belanja atau ada kebocoran dalam perbelanjaan.


5. Menguruskan Risiko Kewangan
Risiko adalah sesuatu yang tidak dapat dihapuskan sepenuhnya. Apa yang kita dapat buat adalah menguruskan risiko tersebut dengan efektif. Bagi kebanyakan orang, cara paling mudah menguruskan risiko kewangan adalah dengan membeli produk-produk takaful.
Dan untuk menjadi seorang yang betul-betul berjaya dalam pengurusan kewangannya, ilmu adalah sangat penting kerana produk takaful tidak mampu menguruskan semua risiko kewangan kita. Adakah ada produk takaful yang dapat melindungi kita dari inflasi, kejatuhan harga saham atau kemerosotan bisnes?


6. Membayar Zakat (… dan cukai!)
Zakat dan sedekah merupakan proses 3+1. Dengan banyak memberi, kita dapat menyucikan harta, melindungi harta dan mengembangkan harta sekaligus. Harta-harta yang kita beri ini sama sekali tidak berkurangan, malah semakin bertambah dengan cara yang Allah sahaja yang tahu.
Manakala cukai pula, suka atau tidak kita pasti membayarnya! Duit itulah yang membolehkan kerajaan memberikan kita jalan, sekolah, longkang, hospital dan keperluan lainnya … untuk rakyat.


7. Membuat Pelaburan yang Bijak
Simpanan yang kita telah buat itu adalah untuk dijadikan modal pelaburan. Tujuan pelaburan kita adalah untuk kegunaan menunaikan haji, tabung persaraan, tabung pendidikan anak-anak, tabung percutian dan apa-apa sahaja matlamat kewangan kita.
Kita perlu tahu menyusun strategi pelaburan dengan bijak. Sama seperti permainan bola sepak, ada strategi menyerang seperti 4-3-3, ada strategi bertahan sepeti 5-4-1 mahupun false-nine (4-6-0) berdasarkan kelas aset tertentu.


8. Membahagikan Harta
Setelah kita berjaya mengumpul harta, jangan lupa menyediakan exit strategy ini kerana kita semua pasti mati. Selain faraid, kita ada instrumen-instrumen tertentu seperti wasiat, hibah, wakaf yang dapat menentukan ke mana harta kita selepas mati.
Pembahagian harta ini adalah sangat penting. Harta untuk anak angkat, anak luar nikah, anak susuan, tidak mempunyai anak lelaki misalnya antara isu pembahagian yang mesti diselesaikan sebelum mati. Jangan sampai harta kita beku sebab kelalaian kita dalam urusan ini.
Urus duit & hutang dengan bijak dari sekarang, sila klik link di bawah untuk panduan lanjut.