Sunday, June 15, 2014

Mengurus kewangan


Ramai antara kita tahu penting untuk mengurus kewangan tetapi tidak semua yang benar benar mengurus kewangan kita.

Berikut adalah 8 langkah untuk tuan puan yang serius menguruskan wang dengan bijak dan sistematik.

1. Mempunyai Sasaran Kewangan
Kita semua mesti tahu apa yang kita mahu. Apakah yang kita mahukan apabila menjelang usia persaraan yang barangkali lagi 10, 20, 30 tahun akan datang? Pengurusan kewangan yang baik membabitkan sasaran kewangan. Ibaratnya macam kita mahu menanam pokok durian.
Sasaran yang ada, jika boleh biar jelas seperti
Kita nak ada duit berapa banyak?
Untuk apa duit simpanan tersebut?
Bila kita mahu ada duit sebanyak itu?
Berapa lama masa yang tinggal?


2. Mempunyai Sumber Pendapatan yang Mencukupi
Dalam surah Yusuf, ayat 47 menyebut kepentingan menanam selama 7 tahun dengan bersungguh-sungguh.
Ya, dengan bersungguh-sungguh.
Dalam erti kata lain, sama ada kita makan gaji atau bekerja sendiri kita perlu benar-benar berjaya (termasuklah memperoleh gaji tinggi) dalam bidang kita. 7 tahun zaman senang itu tadi adalah untuk menghadapi 7 tahun zaman susah.
Sumber pendapatan yang mencukupi bukan sekadar cukup- cukup. Biar lebih untuk kita simpan sebahagiannya. Kenapa perlu simpan sebahagian, kita lihat point seterusnya.


3. Simpan Sebelum Belanja
Ayat 47, surah Yusuf juga menyebut dengan jelas hasil-hasil tanaman itu tadi disimpan dalam bentuk tangkai, selepas menyimpan barulah selebihnya kita belanjakan untuk hidup. Kita perlu menangguhkan kepuasan terlebih dahulu.
Sekiranya kita membelanjakan semua pendapatan kita terlebih dahulu dan jika ada lebih baru kita mahu simpan, maka itulah langkah paling berkesan untuk mencipta masalah kewangan yang kronik.
Gaji – simpanan = belanja.
Mudah.


4. Berbelanja dengan Bijak
Berbelanja dengan bijak perlukan kita kenalpasti keutamaan sebelum membeli. Sebaiknya senaraikan perbelanjaan sebelum keluar membeli. Dari senarai itu juga kita boleh kenal pasti apa yang perlu segera dan apa yang perlu diabaikan.

Jika barang itu

Perlu guna segera + penting =beli
Perlu guna + banyak lagi stok di rumah = tunggu dulu
Perlu guna nanti + lambat lagi nak guna = tunggu dulu
Tak penting + kalau ada lagi bagus = tengok budget anda
Tak penting + tak perlu = jangan beli
Selepas senarai, perkara penting lain ialah penyata perbelanjaan. Dari penyatan perbelanjaan kita akan dapat kenalpasti bentuk perbelanjaan kita. Dari penyata perbelanjaan tiap tiap bulan juga boleh mengesan jika kita terlebih belanja atau ada kebocoran dalam perbelanjaan.


5. Menguruskan Risiko Kewangan
Risiko adalah sesuatu yang tidak dapat dihapuskan sepenuhnya. Apa yang kita dapat buat adalah menguruskan risiko tersebut dengan efektif. Bagi kebanyakan orang, cara paling mudah menguruskan risiko kewangan adalah dengan membeli produk-produk takaful.
Dan untuk menjadi seorang yang betul-betul berjaya dalam pengurusan kewangannya, ilmu adalah sangat penting kerana produk takaful tidak mampu menguruskan semua risiko kewangan kita. Adakah ada produk takaful yang dapat melindungi kita dari inflasi, kejatuhan harga saham atau kemerosotan bisnes?


6. Membayar Zakat (… dan cukai!)
Zakat dan sedekah merupakan proses 3+1. Dengan banyak memberi, kita dapat menyucikan harta, melindungi harta dan mengembangkan harta sekaligus. Harta-harta yang kita beri ini sama sekali tidak berkurangan, malah semakin bertambah dengan cara yang Allah sahaja yang tahu.
Manakala cukai pula, suka atau tidak kita pasti membayarnya! Duit itulah yang membolehkan kerajaan memberikan kita jalan, sekolah, longkang, hospital dan keperluan lainnya … untuk rakyat.


7. Membuat Pelaburan yang Bijak
Simpanan yang kita telah buat itu adalah untuk dijadikan modal pelaburan. Tujuan pelaburan kita adalah untuk kegunaan menunaikan haji, tabung persaraan, tabung pendidikan anak-anak, tabung percutian dan apa-apa sahaja matlamat kewangan kita.
Kita perlu tahu menyusun strategi pelaburan dengan bijak. Sama seperti permainan bola sepak, ada strategi menyerang seperti 4-3-3, ada strategi bertahan sepeti 5-4-1 mahupun false-nine (4-6-0) berdasarkan kelas aset tertentu.


8. Membahagikan Harta
Setelah kita berjaya mengumpul harta, jangan lupa menyediakan exit strategy ini kerana kita semua pasti mati. Selain faraid, kita ada instrumen-instrumen tertentu seperti wasiat, hibah, wakaf yang dapat menentukan ke mana harta kita selepas mati.
Pembahagian harta ini adalah sangat penting. Harta untuk anak angkat, anak luar nikah, anak susuan, tidak mempunyai anak lelaki misalnya antara isu pembahagian yang mesti diselesaikan sebelum mati. Jangan sampai harta kita beku sebab kelalaian kita dalam urusan ini.
Urus duit & hutang dengan bijak dari sekarang, sila klik link di bawah untuk panduan lanjut.



No comments:

Post a Comment