Saturday, October 17, 2015

kenapa orang kaya bertambah kaya?

Kadang kadang, geram juga, kan? bila orang kaya bertambah kaya.

Saya kaitkan dengan masalah kewangan, sebab ramai macam saya, nak jadi golongan tu.

Kita tengok dulu kenapa mereka boleh bertambah kaya
a) mereka tahu ilmu cukai dan pengecualian cukai.
    Cukai yang biasa kita bayar: Cukai pendapatan, cukai jalan, cukai barangan (senyap-senyap je kena cukai)

b) mereka urus kad kredit, bil, saman dan pinjaman on-time
 


Agak berbeza sikitlah, kita denga mereka ni. Tapi, walau tak berapa nak kaya, kita boleh buat serba sikit macam mereka ni.

a) ada kes kita dapat pengecualian cukai (pendapatan)
 
Bagi pembelian buku, caruman persaraan dan insurans/takaful, kita boleh dapat pengecualian cukai. Tak rugi beli buku pendidikan, cukai lepas, ilmu dapat.

Untuk simpanan persaraan, insurans/takaful dan simpanan pendidikan anak anak, kita dapat double bonus. Aset dapat (simpanan kecemasan), elak cukai pun dapat. Betul lah, insurans/takaful, simpanan persaraan dan pendidikan ni kita tak boleh keluarkan suka suka hati. Tapi, jaminan bila ada keperluan nanti, selain kurangkan kos yang tak perlu.


b) kad kredit, bil, saman dan pinjaman

Ada diskaun bila bayar awal atau on-time.

Sebagai contoh, kad kredit dan bil utiliti (air, elektrik, internet) ada caj bayaran lewat. bila kita bayar awal atau on time, sekurang kurangnya kita dah boleh elak perbelanjaan yang tak perlu.
Motivasi: Buat apa kita bayar benda yang tak perlu? denda bayar lewat tu tak perlu

Saman, ya saman trafik. Bila kita bayar  dalam masa seminggu- 2 minggu, kita boleh dapat diskaun dari jumlah sebenar. Bila tunggu surat mahkamah, dah terlambat. Silap hari kena tambah caj.
Motivasi: Kalau tak kena saman, lagi baik sebenarnya



Ini antara yang kita boleh buat. Walaupun kita tak boleh kaya serta merta, sekurang kurangnya ada perbelanjaan kita boleh elakkan.


Wednesday, October 7, 2015

Rancang kewangan 3: Hutang



Bercakap pasal urus duit dan kewangan, hutang boleh jadi tajuk 'panas' dan tak kira orang. Masing masing ada cerita sendiri. Nak tak nak, boleh kata semua orang terlibat.

Hutang, kita boleh bahagi 2: a) hutang baik  b) hutang jahat

Hutang baik, adalah hutang yang bagi manfaat pada kita. Contohnya, kita beli kereta untuk kita guna nak pergi bekerja.

Hutang jahat pulak, yang tak bawa hasil kepada kita. Contoh, kad kredit dan pinjaman peribadi.

Masalah kebanyakan kita, menguruskan hutang ni. Nak lari, susah. Sebab ada keperluan kita berhutang. Jadi, kena urus dengan baik.

Antara yang kita boleh buat sebelum berhutang

a) tengok keperluan berhutang.
    Contoh: Kereta yang kita perlu untuk pergi kerja.
    Perlu ke kereta besar untuk ke pejabat? Bagi staf bujang, kereta besar mungkin belum sesuai lagi.       Ikut keperluan kita

b) kemampuan bayar balik hutang.
    sebelum berhutang, cuba tanya komitmen kita untuk bayar balik. Di bank, biasanya kadar nisbah pinjaman maksimum ialah 60% daripada gaji bersih. Tapi, lagi kurang lagi bagus sebenarnya. Sebab? gaji kita bukan setakat nak bayar hutang.

c) hutang yang masih ada
    sebelum buat hutang baru, semak dulu. Hutang lama kita bagaimana?
     1- konsisten bayar, atau tersangkut sangkut?
     2- kenapa nak tambah hutang baru?

d) JANGAN SUKA SUKA BERHUTANG
    point ini, tak tahu kenapa, ramai suka-suka berhutang. Alasan tak munasabah, kadang kadang: sebab nak berlawan dengan orang.



Sudah berhutang, ada senarai penting untuk kita buat.

a) bayar hutang seperti dijanjikan
    Hutang dengan kawan atau dengan bank, bayar seperti yang kita janji. Kalau kita liat bayar, efek akan ada pada masa depan.
    1- pinjam dengan kawan, kawan akan susah nak tolong kita kali kedua dan seterusnya
    2- pinjaman bank. pinjaman sekarang akan jadi rujukan akan datang. nak buat pinjaman seterusnya akan jadi lebih susah.

b) jangan lari
    Betullah, ada waktu kita tak dapat bayar tepat pada masa, atau tepat jumlah yang diminta. Tapi, benda ni boleh dibawa berbincang. Lebih baik bersemuka, untuk susun balik jadual pembayaran daripada lari.

c) jangan tambah hutang
    :) Ini betul betul perlukan disiplin. Sudah ada hutang, jangan tambah hutang baru. Cuba langsaikan yang mana ada dulu, sebelum buat hutang baru. Selagi boleh, elakkan.