Wednesday, October 7, 2015

Rancang kewangan 3: Hutang



Bercakap pasal urus duit dan kewangan, hutang boleh jadi tajuk 'panas' dan tak kira orang. Masing masing ada cerita sendiri. Nak tak nak, boleh kata semua orang terlibat.

Hutang, kita boleh bahagi 2: a) hutang baik  b) hutang jahat

Hutang baik, adalah hutang yang bagi manfaat pada kita. Contohnya, kita beli kereta untuk kita guna nak pergi bekerja.

Hutang jahat pulak, yang tak bawa hasil kepada kita. Contoh, kad kredit dan pinjaman peribadi.

Masalah kebanyakan kita, menguruskan hutang ni. Nak lari, susah. Sebab ada keperluan kita berhutang. Jadi, kena urus dengan baik.

Antara yang kita boleh buat sebelum berhutang

a) tengok keperluan berhutang.
    Contoh: Kereta yang kita perlu untuk pergi kerja.
    Perlu ke kereta besar untuk ke pejabat? Bagi staf bujang, kereta besar mungkin belum sesuai lagi.       Ikut keperluan kita

b) kemampuan bayar balik hutang.
    sebelum berhutang, cuba tanya komitmen kita untuk bayar balik. Di bank, biasanya kadar nisbah pinjaman maksimum ialah 60% daripada gaji bersih. Tapi, lagi kurang lagi bagus sebenarnya. Sebab? gaji kita bukan setakat nak bayar hutang.

c) hutang yang masih ada
    sebelum buat hutang baru, semak dulu. Hutang lama kita bagaimana?
     1- konsisten bayar, atau tersangkut sangkut?
     2- kenapa nak tambah hutang baru?

d) JANGAN SUKA SUKA BERHUTANG
    point ini, tak tahu kenapa, ramai suka-suka berhutang. Alasan tak munasabah, kadang kadang: sebab nak berlawan dengan orang.



Sudah berhutang, ada senarai penting untuk kita buat.

a) bayar hutang seperti dijanjikan
    Hutang dengan kawan atau dengan bank, bayar seperti yang kita janji. Kalau kita liat bayar, efek akan ada pada masa depan.
    1- pinjam dengan kawan, kawan akan susah nak tolong kita kali kedua dan seterusnya
    2- pinjaman bank. pinjaman sekarang akan jadi rujukan akan datang. nak buat pinjaman seterusnya akan jadi lebih susah.

b) jangan lari
    Betullah, ada waktu kita tak dapat bayar tepat pada masa, atau tepat jumlah yang diminta. Tapi, benda ni boleh dibawa berbincang. Lebih baik bersemuka, untuk susun balik jadual pembayaran daripada lari.

c) jangan tambah hutang
    :) Ini betul betul perlukan disiplin. Sudah ada hutang, jangan tambah hutang baru. Cuba langsaikan yang mana ada dulu, sebelum buat hutang baru. Selagi boleh, elakkan.


No comments:

Post a Comment