Thursday, November 26, 2015

Pelaburan untuk anak



Bagi ibubapa,

tak salah kita mula melabur untuk anak kita. Kalau boleh, seawal yang mungkin. Sebabnya, jangka masa yang kita ambil, boleh cukup (insha Allah) untuk kegunaan anak anak kita bila mereka sudah dewasa nanti. Contoh paling senang, ketika berumur 18 tahun: mungkin untuk masuk kolej atau kereta untuk mereka guna.


Paling asas, yang banyak disarankan adalah insurans/takaful. Pelan insurans/takaful untuk anak anak, adalah gabungan simpanan + perlindungan. Simpanan, untuk kegunaan mereka nak masuk kolej nanti. Perlindungan untuk kes kecemasan seperti kemalangan dan sakit kritikal.


Opsyen lain, akaun pelaburan. Paling popular bagi orang Melayu, akaun pelaburan ASB (akaun remaja) dan Tabung Haji. Opsyen lain, kebanyakan Bank ada tawarkan akaun pelaburan Junior. Boleh buat pelaburan atas nama anak anak.


Kenapa digalakkan buka akaun pelaburan untuk mereka awal?
1- Pelaburan adalah untuk jangka panjang. Kita tak dapat untung banyak dalam tempoh 1-2 tahun. Nak cantik keuntungan tu, kadang kadang 5-10 tahun .

2- Lagi lama kita melabur, keuntungan makin banyak. Ini yang kita perlukan nanti. Lagipun, dalam masa 10 tahun lagi, kita kurang runsing untuk kegunaan mereka jika menyimpan sejak awal.




Friday, November 13, 2015

Kenapa wanita perlu celik kewangan?

Wanita, kewangan?

Ada orang cakap perempuan cuma pandai shopping je.

Tak pasti adakah betul cuma perempuan suka berbelanja? Lelaki pun, sama saja cuma benda dibeli tu tak sama.

Tapi di sini, kita nak fokus kenapa perempuan, wanita kena ambil tahu dan celik kewangan.

kita tengok dulu serba sedikit senario yang mungkin terjadi keliling kita

1- Wanita bersuami. suri rumah dan suami bekerja sendiri. Risiko yang ada; bukan setiap masa suami bekerja sendiri ni ada kerja. Gaji dan pendapatan tak menentu.

2- Wanita bersuami. suri rumah dan suami makan gaji. Risiko yang ada; kemungkinan dibuang kerja. kerja swasta, kemungkinan ini sangat tinggi. Kerja kerajaan, jangan selesa sangat. kemungkinan itu ada walaupun hampir mustahil.

3- Wanita bersuami dan bekerja di tempat yang sama dengan suami. risiko: kalau kedua duanya kena buang kerja?

4- Wanita bersuami dan bekerja sendiri. risiko pendapatan tak tetap.

5- Wanita bujang. Risiko kita, tak ada orang nak tanggung kalau tak ada pendapatan atau simpanan.


Semua keadaan ada risiko. Kalau boleh memang kita nak yang terbaik. Tapi, kadang kadang ujian datang. kalau kita tak bersedia, asyik nampak apa di depan mata saja, berat nak pikul. kita tengok lagi fakta yang bakal kita jumpa

a- jangka hayat wanita lebih panjang daripada lelaki. Bersediakah kita kalau suami 'pergi' dulu?
    Betul, harta pusaka boleh dibahagi ikut faraid. Tapi, kita dapat sebahagian kecil. Kalau nak diikut, memang tanggungjawab wali yang tanggung kita jika suami pergi dulu. Dan ramai juga yang tak bertanggungjawab, kan?

b- wanita berkahwin, jika suami ada isteri kedua atau kita bercerai, anda pasti kedudukan kewangan anda terjamin? Jika suami @ bekas suami bertanggungjawab, Alhamdulillah.

c- jika suami kita tiba-tiba sakit (kemalangan atau sakit teruk) atau jatuh miskin. bagaimana kita?


Dari sini, sebenarnya kita perlu merancang mengawal risiko.
Bagi suri rumah, suami bagi wang belanja, kan? ambil sikit sebagai simpanan. jika jumlahnya banyak, kita buat pelaburan dan ambil takaful,
alternatif lain, jika ada peluang, tak salah bekerja sambilan di rumah. wang pendapatan tu, boleh buat simpanan kecemasan dan pelaburan.

Bagi wanita bekerja, jangan lupa selain simpanan, buka pelan pelaburan dan pelan takaful. wang suami bagi, buat sebagai simpanan kecemasan.

Paling penting, jangan habiskan semua yang ada di tangan.