Saturday, August 20, 2016

Aliran Tunai: Ambil Tahu

Aliran tunai? Apa tu?

Hehe, saya pun dulu macam tu juga. Pernah dengar tapi tak tahu benda apa dan fungsi dia. Iya lah, bukan buat bisnes pun, dan bukan orang akaun.

Tapi, kuasa aliran tunai ni, yang memberitahu keselamatan kewangan kita. Masih boleh berbelanja atau sudah kena catu.

Kenapa aliran tunai ni berkuasa? Kita tengok kes kes keliling kita.

Kes 1
Duit gaji habis awal.
Kes ini, amat bahaya. Kena tengok balik, ke mana wang gaji kita sampai jadi habis awal. Pastikan setiap kali berbelanja, kita simpan resit. Jadi, kita tahu rekod belanja setiap kali.

Kes 2
Duit gaji bulan lepas cun-cun habis masa nak dapat gaji bulan ni.
Kes ini masih bahaya. Sebab tak ada simpanan langsung. Masih kena tengok balik, ke mana kita belanja sampai tak boleh simpan langsung

Kes 3
Duit gaji bulan lepas tak sempat habis, gaji bulan ni dah masuk.
Kes ini, kategori selamat.


Kenapa kena ambil tahu aliran tunai?
Sebab itu petunjuk cara kita berbelanja. Ia bagi tahu kita,
a) kita ni berhutang, akan berhutang atau tidak
b) hidup kita selesa atau tidak
c) untuk pinjaman beli rumah/kereta/perniagaan, aliran tunai akan jadi penanda kita layak atau tidak.

Kenapa aliran tunai kena baik?
Sebabnya
a) untuk senangkan kita rancang keperluan masa depan kita. Nak beli rumah, nak bersara, anak nak sambung belajar....
b) untuk urusan beli rumah, kita ada simpanan deposit dan senang buat pinjaman. Pinjaman akan diberi berdasarkan aliran tunai anda. Kalau tak cantik, tak dapat.
c) untuk elakkan kita daripada hutang jahat.

Habis tu, kalau aliran tunai teruk, nak buat macam mana?
Semak balik, ke mana duit kita pergi. Betul la susah nak buat, tapi kena mula buat.
Senarai balik apa yang kita belanja bulan ni. dan tengok, banyak perlu ke tak?

****Alamak, mana nak ingat semua********
Abis tu, tak dapat nak tolong. So, mula dari hari ni, asal belanja je, catat. Tak pun simpan resit. Dari situ, tengok, perlu ke tak. Kalau boleh sebelum beli, jawab dengan diri, " Aku perlu ke aku nak?"


****Tapi, tak selesai jugak*****
Heh.. masalah ni, tak selesai dalam masa sehari. Bila dah tahu ke mana duit kita hilang. At least kita tahu kawal untuk akan datang. Mungkin sebulan ata tiga bulan, sikit sikit baiki.

Friday, July 1, 2016

Pinjam untuk benda tak perlu? Kenapa?




Cuba tengok tajuk surat khabar pertama tu: Orang Melayu paling ramai pinjam PPW. PPW tu Pemberi Pinjam Wang. Senang cerita, Ah Long dan Ceti. Kenapa ya?

Ikut laporan, orang kita pinjam untuk benda yang tak perlu. Banyak untuk berbelanja, untuk menunjuk dekat orang.

Dalam berbelanja, sifir mudah yang kita 'wajib' ikut

a- perlu segera & ada duit = beli segera
b- perlu & ada duit tapi boleh tunggu = tunggu dulu
c- perlu tapi tak ada duit = tunggu dulu
d- tak perlu tapi ada duit = tak payah beli
e- tak perlu & tak ada duit = jangan beli

Cuma dalam kes (c) perlu tapi tak ada duit, saya setuju, boleh berhutang. Tapi, barang perlu saja lah. 
dalam kes ni, paling banyak untuk benda yang tak perlu. Lebih kepada nak berlumba. 
Selagi boleh elak, elakkan lah hutang ni. 

Friday, April 8, 2016

Rancang kewangan: Minta nasihat dari pakar

Hal duit, cakap nak habiskan, cepat saja. Macam macam nak beli, nak buat.

Tapi, nak rancang masa depan dengan duit yang ada sekarang, tak senang.

Bagi orang yang baru mula bekerja, tak salah kalau cari nasihat pakar kewangan. Lagi cepat, lagi baik. Nasihat saya, cari yang profesional.
Kenapa?
Penasihat kewangan ni ramai. Tapi yang pakar tu, tak seramai mana. Walaupun profesional kewangan ni, ada cabang cabang dia sendiri, cuba risik dulu. Dan elakkan ambil tips tips panas dari kawan kawan.

Dari penasihat kewangan profesional, nasihat yang anda boleh dapat seperti

a) pelan perlindungan. Jangan ingat ejen insurans/takaful hanya menjual. Mereka sepatutnya menasihati anda; apa yang anda benar benar perlu. Sebelum ambil, tanya habis habis. Sebab setiap orang berlainan keperluan. [ RUJUK SINI artikel saya sebelum ini]. Anda berhak dapat seperti yang anda perlu.

b) pelan pelaburan. Terdapat pelbagai item pelaburan seperti unit amanah, saham, hartanah dan lain lain. Untuk bab pelaburan, juga dapatkan nasihat yang profesional. Bukan semua jenis pelaburan sesuai untuk kita. Perlu tengok kos, risiko, tujuan dan kemampuan.

c) pelan lunas hutang/simpanan. Ha... ni nampak senang tapi ramai juga gagal, kan? Yang ada mana berhutang, sediakan pelan bayaran balik. Tak mampu bayar banyak, boleh restructure (susun semula). Bagi pinjaman bank, berdepanlah dengan pihak bank/peminjam. Jangan lari. Biasanya bank ada sediakan khidmat penasihat kewangan mereka sendiri. Masih bermasalah, Bank Negara dah sediakan AKPK untuk kita minta nasihat. Bab simpanan tu, perlu kira juga. Sekarang kita berhutang. Tapi sampai bila, kan? Simpanan perlu juga.

d) pelan rancangan khas. Eh? Pelik? Tidak, untuk saya tak pelik. Rancangan khas ni, macam untuk perayaan, untuk kawin, untuk anak nak masuk sekolah. Kira perbelanjaan khas la. Bukan yang belanja hari hari. Walaupun pelan simpanan dah ada. Simpanan khas ni kena asing. Pengalaman saya sendiri tengok kawan kawan sambut raya, Ada yang berhutang demi sambut raya. Jadi, cari la penasihat kewangan untuk kes ni. Hutang perayaan lama, dah masuk pelan lunas hutang. Perayaan tahun depan, rancang sekarang. [ RUJUK SINI untuk artikel berkaitan]



Thursday, January 21, 2016

Kenapa saya buat Fixed Deposit?

Fixed Deposit atau Simpanan Tetap, akaun yang kita simpan duit (deposit) untuk tempoh tertentu (fixed).

Dari segi keuntungan, antara 3 -4 % setahun, kira rendah bagi akaun pelaburan.
Dah tu, kalau rendah, kenapa buka akaun fixed deposit juga?

Ada macam macam sebab sebenarnya kenapa kita buka akaun fix deposit ni. Antaranya

1- walaupun keuntungan cuma 3-4% setahun, masih lebih tinggi berbanding akaun simpanan biasa. akaun simpanan biasa, keutungan biasanya 0.4-1% saja.

2- sebab utama saya buat  fix deposit, TAK NAK GANGGU SEDIKIT WANG MODAL dalam tempoh tertentu. yang ni paling jelas sebenarnya, at least untuk saya,lah.  kalau simpan dalam akaun biasa, tak ada syarat tunggu tempoh matang. ASB dan Tabung Haji, walaupun dividen tinggi, tapi boleh keluarkan sebelum tempoh matang (waktu dapat dividen).

3- bagi orang yang nak kawal diri dari terlebih belanja duit simpanan, mungkin kaedah ni antara yang berjaya. Biasanya kita gigih tahan sabar kalau ada syarat dan tempoh. kalau tak ada syarat, bocor simpanan untuk benda kurang faedah

4- nak pelbagaikan pelaburan. fix deposit ni, masuk dalam kategori pelaburan risiko rendah.