Saturday, August 20, 2016

Aliran Tunai: Ambil Tahu

Aliran tunai? Apa tu?

Hehe, saya pun dulu macam tu juga. Pernah dengar tapi tak tahu benda apa dan fungsi dia. Iya lah, bukan buat bisnes pun, dan bukan orang akaun.

Tapi, kuasa aliran tunai ni, yang memberitahu keselamatan kewangan kita. Masih boleh berbelanja atau sudah kena catu.

Kenapa aliran tunai ni berkuasa? Kita tengok kes kes keliling kita.

Kes 1
Duit gaji habis awal.
Kes ini, amat bahaya. Kena tengok balik, ke mana wang gaji kita sampai jadi habis awal. Pastikan setiap kali berbelanja, kita simpan resit. Jadi, kita tahu rekod belanja setiap kali.

Kes 2
Duit gaji bulan lepas cun-cun habis masa nak dapat gaji bulan ni.
Kes ini masih bahaya. Sebab tak ada simpanan langsung. Masih kena tengok balik, ke mana kita belanja sampai tak boleh simpan langsung

Kes 3
Duit gaji bulan lepas tak sempat habis, gaji bulan ni dah masuk.
Kes ini, kategori selamat.


Kenapa kena ambil tahu aliran tunai?
Sebab itu petunjuk cara kita berbelanja. Ia bagi tahu kita,
a) kita ni berhutang, akan berhutang atau tidak
b) hidup kita selesa atau tidak
c) untuk pinjaman beli rumah/kereta/perniagaan, aliran tunai akan jadi penanda kita layak atau tidak.

Kenapa aliran tunai kena baik?
Sebabnya
a) untuk senangkan kita rancang keperluan masa depan kita. Nak beli rumah, nak bersara, anak nak sambung belajar....
b) untuk urusan beli rumah, kita ada simpanan deposit dan senang buat pinjaman. Pinjaman akan diberi berdasarkan aliran tunai anda. Kalau tak cantik, tak dapat.
c) untuk elakkan kita daripada hutang jahat.

Habis tu, kalau aliran tunai teruk, nak buat macam mana?
Semak balik, ke mana duit kita pergi. Betul la susah nak buat, tapi kena mula buat.
Senarai balik apa yang kita belanja bulan ni. dan tengok, banyak perlu ke tak?

****Alamak, mana nak ingat semua********
Abis tu, tak dapat nak tolong. So, mula dari hari ni, asal belanja je, catat. Tak pun simpan resit. Dari situ, tengok, perlu ke tak. Kalau boleh sebelum beli, jawab dengan diri, " Aku perlu ke aku nak?"


****Tapi, tak selesai jugak*****
Heh.. masalah ni, tak selesai dalam masa sehari. Bila dah tahu ke mana duit kita hilang. At least kita tahu kawal untuk akan datang. Mungkin sebulan ata tiga bulan, sikit sikit baiki.